Monday 3 December 2012

LEAN - Step 1 Awareness

Strategi pertama untuk perlakasanaan LEAN adalah kesedaran tentang WASTE ataupun PEMBAZIRAN.

Ramai yang tidak sedar, pembaziran ada didepan mata. Banyak juga terfikir tentang pembaziran elektrik, penjimatan kos dan sebagainya.

Ada pembaziran yang sudah menjadi akar umbi, manakala ada juga yang baru nak bermula.

Kita perlu faham sebelum lain-lain pembaziran berlaku, ia berlaku kerana ada PROSES yang tidak perly DILAKUKAN.

PROSES TIDAK PERLU

1) Termasuklah proses yang tidak diperlukan oleh PELANGGAN. Dalam erti kata lain, pelanggan tak kisah, kita buat ataupun tak buat.
- MENUNGGU
- PERGERAKAN DALAM PEJABAT
- MENYEMAK BERULANG-ULANG mahupun approval atau birokrasi

2) Proses yang tidak diperlukan oleh ORGANISASI. Selalunya proses ini dicipta kerana perasaan TAKUT-TAKUT
Contohnya -
takut-takut salah... jadi kena la check banyak kali
takut-takut tak cukup... beli barang banyak
takut-takut pelanggan minta
takut-takut BOSS marah
taku-takut mesin rosak
takut-takut ambik masa ynag lama untuk set-up
dan macam-macam takut-takut










SEMUA PROSES INI TIDAK MENAMBAH NILAI dan kita perlu sedar yang proses ini adalah PEMBAZIRAN.

-CER-

2 comments:

  1. Membazir itu adalah amalan syaitan (Surah al-Isra 17.27)

    ReplyDelete
  2. Tambahan jenis pembaziran megikut Scholar muktabar Imam bnu al-Qayum al-Jauziah (Pakar Jantung) mengatakan terdapat sambilan bentuk pembaziran yang sering dilakukan manusia antaranya:

    1. Pembaziran ilmu pengetahuan - iaitu membazir jika tidak diamalkan pada jalan kebaikan.

    2. Pembaziran amalan - iaitu membazir jika tidak dilakukan dengan hati yang ikhlas

    3. Pembaziran kekayaan - iaitu membazir jika dibelanjakan pada perkara yang tidak bermanfaat dan tidak diredai Allah s.w.t.

    4. Pembaziran hati - iaitu membazir jika kosong daripada kasih kepada Allah s.w.t.

    5. Pembaziran tubuh badan - iaitu membazir jika tidak digunakan untuk beribadah kepada Allah s.w.t.

    6. Pembaziran cinta - iaitu membazir jika dicurahkan kepada selain Allah atau melebihi cinta kepada-Nya.

    7. Pembaziran masa - iaitu membazir jika tidak diurus dengan sebaiknya.

    8. Pembaziran akal - iaitu membazir jika tidak memikirkan sesuatu yang bermakna kepada Agama.

    9. Pembaziran zikir - iaitu membazir jika tidak memberi kesan kepada hati.

    dipetik dari http://www.mukmin.com.my/baca.php?title=Membazir%20Jejas%20Khusyuk%20Solat&id=957&kategori=11...

    ReplyDelete