Wednesday 16 May 2012

Ergonomics or economies: Cost vs. Quality


Ergonomics or economies: Cost vs. Quality
By Mohd Nasrull Abd Rahman


Tutor, JKPI, FKMP, UTHM
Email: nasrull_83@hotmail.com


Ergonomik ataupun ekonomi? Dan kaitannya dengan kos dan kualiti. Banyak persoalan yang timbul di kalangan para penggiat industri tentang makna sebenar ergonomik dan seringkali disalahertikan dengan kata ekonomi. Ianya memang benar ergonomik seringkali berkait rapat dengan ekonomi tetapi ianya perlu dipandang secara meluas dalam aspek keselematan dan kesihatan pekerjaan (OSH). Objektif utama ergonomik itu sendiri adalah untuk meningkatkan produktiviti serta mengurangkan risiko kecederaan dikalangan para pekerja. Dari segi peningkatan produktiviti terbahagi kepada 2 bahagian iaitu produktiviti pekerja dan produktiviti bahan atau produk itu sendiri. Produktiviti pekerja boleh dihasilkan melalui merekabentuk keadaan di tempat kerja dengan menggunakan prinsip ergonomik seperti mengurangkan faktor risiko ergonomik di tempat kerja seperti keadaan postur badan yang statik seperti membongkok semasa mengangkat beban dan ditambah pula dengan kerja yang berulang-ulang. Dan sememangnya jika produktiviti pekerja menurun disebabkan masalah kecederaan yang dialami akibat dari masalah ergonomik di tempat kerja ianya secara tidak langsung memberi kesan kepada produkktiviti produk atau bahan itu sendiri. Dari segi kosnya, tuntutan pekerja terhadap SOCSO juga semakin bertambah disebabkan masalah kecedaraan yang dikenali sebagai work-related musculoskeletal disorders (WMSDs) dan contoh yang paling ketara sejak kebelangkangan ini di dalam kecederaan WMSDs adalah low back pain (LBP) dan carpal tunnel syndrome (CTS). Disinilah majikan akan mula sedar tentang pentingnya prinsip ergonomic di tempat kerja dan seterusnya jika masalah ini tidak dapat diatasi dengan segera maka peningkatan kos dari segi perubatan, tuntutan insuran, ketidakhadiran pekerja, moral pekerja menjadi rendah dan secara tidak langsung faktor-faktor ini berkait rapat dengan ekonomi didalam kos dan kualiti pekerjaan itu sendiri.

Tamat.

No comments:

Post a Comment