Saturday 29 September 2012

Perangkap Pasangan Curang


Perangkap Pasangan Curang - Kualiti Kedai Kopi.

Perangkap Pasangan Curang

Pemasangan perangkap hadlaju AES (Automatic Enforcement System) dikhuatiri oleh ramai golongan “Casanova” kerana gambar mereka mungkin terlepas kepada pasangan mereka. Dengan gambar berresolusi tinggi, JPJ berkata, gambar kereta bersama pemandu dapat dirakamkan dengan lebih jelas. Bebarapa pemandu menyatakan, “AES ni bahaya jugak! Kalau gambar dihantar kerumah dan pasangan mereka yang melihatnya... huru hara jugak nanti!”




Pandangan dari sudut HSE, AES adalah amat dialu-alukan dan perlu di tempat-tempat yang selalu berlakunya kemalangan. Ianya dijangka dapat mengurangkan kadar kemalangan, jika ianya diuruskan dengan baik.

Manakala dari sudut mengurangkan KADAR JENAYAH, AES dan CCTV adalah salah satu strategi yang terbaik untuk memberenteras jenayah serta memudah penjenayah ditahan. Walaupun dalam pembentangan bajet 2013, lebih banyak ANGGOTA polis akan ditambah... mungkin lebih banyak kita akan jumpa mereka MELANGOK @ melepak kat pondok bit, minum kat kedai kopi. Tapi bila telefon, jika ada kes kecurian, belum tentu mereka dapat menahan penjenayah tersebut. Sama juga, jika ditambah bilangan motosikal, anggota tersebut perlu dibantu oleh mata-mata elekronik iaitu CCTV yang dikawal oleh pusat kawalan setempat. Jika tidak, macam mana nak cari penjenayah tersebut. 


Kalau ada jenayah berat, baru la sibuk nak buat sekatan jalan raya yang menyusahkan pengguna jalan raya yang lain. Dari pandangan KUALITI, CCTV adalah amat perlu untuk menjayakan BANDAR BERKUALITI – JENAYAH BERKURANGAN. Antara strategi pemasangan CCTV dan AES perlu dibentuk adalah:

1.        KOS yang berpatutan. Kalau harga CCTV yang berkualiti (ada zoom, dan night vision) boleh dapat lebih kurang RM500 (cap ayam boleh dapat RM200), campur upah pemasangan mungkin tak lebih RM2000 seunit bersama system internet. Baru la, lebih banyak CCTV yang boleh dipasang.

2.        Pemasangan CCTV yang memantau CCTV yang lain - Kalau ada yang cuba merosakkan CCTV tersebut, CCTV yang lain akan merakam perkara tersebut. Tempat yang sesuai adalah di lampu isyarat, persimpangan jalan kerana disitu dengan mudah 3 CCTV boleh dipasang untuk memantau laluan penjenayah.

3.        Pusat kawalan 24 jam - Pusat kawalan memererlu hubungan terus dengan 999 dan “ground support”. Pusat kawalan memerlukan penggembelingan tenaga antara PDRM, JPJ, PBT, ATM dll. Baru la kos dapat dikurangkan. Sebenarnya, dari sudut HSE pun lebih baik, daripada meletak anggota PDRM berpanas, dan berhujan serta menghidu asap tercemar kat pondok bit.

4.        Penyelenggaraan yang sempurna - Bab ni... nak kena mantap. Kalau tak jadi “gajah putih” la jawapnya.

5.        CCTV juga boleh dipasang pada teksi (atau mana-mana kenderaan), kerana teksi sentiasa berjalan menghantar pelanggan, sambil-sambil merakamkan perkara-perkara jenayah yang berlaku.

Di harap, dengan penggunaan teknologi ini, dapat mengurang kadar jenayah. Kalau mula-mula pandai curi basikal, lepas tu sudah tentu motor dan lepas tu  pecah rumah atau merompak bank dan akhirnya membunuh. Kalau ada CCTV, nak curi basikal pun susah. Jadi terbantut la cita-cita mereka untuk menjadi penjenayah yang lebih berat.

Dalam masa yang sama, kita dapat melahirkan tenaga pakar dalam bidang pemantauan secara teknikal mahupun strategi di mana dapat melahirkan peluang pekerjaan yang lebih berkualiti. Sokongan kepada “ground support” boleh diperluaskan dengan “air support” atau sokongan udara iaitu dengan penggunaan helicopter (tapi jangan la yang mahal sangat) mahupun kapal terbang tanpa juruterbang.

Oppss, terlari jauh pulak daripada topik tadi. Selain daripada mengurangkan jenayah, pasangan yang curang jugak dapat dikurangkan. Terima kasih kepada AES dan CCTV yang mampu meningkat kualiti hidup kita.

QHSE preachers

Edly Ramly 
30 Sep 2012

1 comment:

  1. Dah tengok dah gambar yang telah dipos... dia tutup muka orang sebelah... jadi casanova semua selamat

    ReplyDelete