Ergonomics or
economies: Cost vs. Quality
By Mohd Nasrull Abd Rahman
Tutor,
JKPI, FKMP, UTHM
Email:
nasrull_83@hotmail.com
Ergonomik
ataupun ekonomi? Dan kaitannya dengan kos dan kualiti. Banyak persoalan yang
timbul di kalangan para penggiat industri tentang makna sebenar ergonomik dan
seringkali disalahertikan dengan kata ekonomi. Ianya memang benar ergonomik
seringkali berkait rapat dengan ekonomi tetapi ianya perlu dipandang secara
meluas dalam aspek keselematan dan kesihatan pekerjaan (OSH). Objektif utama
ergonomik itu sendiri adalah untuk meningkatkan produktiviti serta mengurangkan
risiko kecederaan dikalangan para pekerja. Dari segi peningkatan produktiviti
terbahagi kepada 2 bahagian iaitu produktiviti pekerja dan produktiviti bahan
atau produk itu sendiri. Produktiviti pekerja boleh dihasilkan melalui
merekabentuk keadaan di tempat kerja dengan menggunakan prinsip ergonomik
seperti mengurangkan faktor risiko ergonomik di tempat kerja seperti keadaan
postur badan yang statik seperti membongkok semasa mengangkat beban dan
ditambah pula dengan kerja yang berulang-ulang. Dan sememangnya jika
produktiviti pekerja menurun disebabkan masalah kecederaan yang dialami akibat
dari masalah ergonomik di tempat kerja ianya secara tidak langsung memberi
kesan kepada produkktiviti produk atau bahan itu sendiri. Dari segi kosnya,
tuntutan pekerja terhadap SOCSO juga semakin bertambah disebabkan masalah
kecedaraan yang dikenali sebagai work-related musculoskeletal disorders
(WMSDs) dan contoh yang paling ketara sejak kebelangkangan ini di dalam
kecederaan WMSDs adalah low back pain (LBP) dan carpal tunnel syndrome (CTS).
Disinilah majikan akan mula sedar tentang pentingnya prinsip ergonomic di
tempat kerja dan seterusnya jika masalah ini tidak dapat diatasi dengan segera
maka peningkatan kos dari segi perubatan, tuntutan insuran, ketidakhadiran
pekerja, moral pekerja menjadi rendah dan secara tidak langsung faktor-faktor
ini berkait rapat dengan ekonomi didalam kos dan kualiti pekerjaan itu sendiri.
Tamat.
No comments:
Post a Comment