Thursday, 27 September 2012

Kampung Kolot vs Kampung Kualiti

KUALITI KEDAI KOPI



Kampung Kolot vs Kampung Kualiti


Dah lama jugak aku tak tengok berita. Pagi tadi, dengar ada delegasi Kementerian Pembangunan luar Bandar melawat bandar di Jepun dan mahu mengikut model pembangunan kampong disana. Lepas ni nak hantar lagi ramai lagi. Aduhhh... kena belanja lagi. Susah sangat ke nak membangunkan kampong. Pergi Taiwan, Eropah atau mana jugak ceruk dunia... tak semestinya dapat mengubah kampong Kolot kita.
Kampung KOLOT! He he he apa tu?
Tengok je la cerita Hantu Mak Limah... tu antara contoh kampong kolot. Pembangunan tidak sekata, ada yang yang duduk kat rumah yang tunggu masa nak roboh.  Minda pun cam kolot jugak la, pasal mungkin macam “KATAK dibawah Tempurung”. Nak kta miskin atau fakir tak jugak. Kebayakannya tak ada hutang. Tapi perbelanjaan pulak tak terurus.
Lepas tu semua nak kerajaan support dan nak free je. Jangan la asyik bagi FREE. Jalan free, Internet dan laptop free, bukak kedai, kilang kecil pun free. Dah bagi tu, apa pulak “contribution” pada pembayar cukai. Jangan marah ya… orang kampong, pasal kawan bukan cakap pasal kampong korang.

Kesian...... Jadi Kampung Tinggal....

Jalan Pulak...., Macam Jalan Moto-Cross..!



Baik Punya Modified...J
Nasib Baik Ada Yang Sudi Membantu....
   
Kenapa jadi macam ni?

Tiga Penambaikan diperlukan segera. Iaitu yang pertama:

PENAMBAHBAIKAN PENTADBIRAN KAMPUNG
Sekarang ni ada Penghulu, Ketuas Kampung, JKKK dan macam-macam lagi. JKKKK tu bagus. Tapi teknik 3k mementingkan jugak pembangunan keperluan dan memberi pulangan balik kepada ekonomi.  Seeloknya tubuhkan la jugak jawatankuasa pembangunan kampung yang fungsinya lebih kurang sama dengan majlis perbandaran tempatan.
Baru la kampong ada sumber pendapatan. Tapi kalau nak ikut model majlis perbandaran tempatan yang sedia ada ni, model ni kurang kreatif.  Kemahiran majlis atau dewan ni Cuma kutip CUKAI... J
Pentadbiran kampong perlu ada pelan jangka masa pendek, sederhana dan panjang yang lagi bagus daripada model kerajaan tempatan yang sedia ada

PENAMBAHBAIKAN KEMAJUAN EKONOMI
Kena la ada pulak, jawatankuasa ini berfungsi  macam perbadanan kemajuan ekonomi negeri, seperti JCorp, seperti PKNS, PKNP dll.  Jagan terlalu mengharapkan bantuan kewangan daripada kerajaan. Mula-mula memang perlu modal daripada kerajaan, tetapi seterusnya kena la pandai cari kewangan untuk kampong tu. Agensi perseketuan sangat la banyak di Malaysia. Cakap je industry apa? Pertanian ke FAMA, MARDI, MPOB, RISDA, FELDA…  Kayu, ikan, getah, nenas, semua ada agensi. Tu semua boleh bagi modal pendahuluan.

PENAMBAHBAIKAN KEMAJUAAN SOSIAL
Bab ni penting sangat, kalau kampong yang ramai tukang songlap, habis la… terlungkup terus… Bab ni kena la pikir-pikirkan sendiri.
Bolehkan jadikan KAMPUNG KUALITI macam ni!!!

Tapi Maintain La Rumah Tradisional Kita....

Penyelenggaraan Mesti Mantap Beb.....


Lembu Bagi La Gemuk-Gemuk Sikit...Kesian Lembu Kat Ladang Sawit., Macam Lembu Sakit........

Teknologi Memang Penting.

Apa macam… Teringin nak tengok kampong berkualiti macam ni???



QSHE preachers
   Edly Ramly








No comments:

Post a comment