Sunday 2 December 2012

Apa itu LEAN?


Perkataan “Lean”  menjadi terkenal apabila Womack dan Jone menerbitkan buku “Lean Thinking” pada tahun 1996. Perkataan Lean digunakan  bukan bermaksud ... sandar. Jika kita lihat kamus bahasa Inggeris, Lean juga bermaksud KURUS. Kaitan kurus, adalah menjalankan aktiviti dengan secara SLIM dan tak berlemak.

Lean dalam konteks kualiti dan kos bermaksud “EFISYEN”. Efisyen bermaksud menjalankan aktiviti dengan mengoptimakan sumber, termasuklah masa, sumber manusia, tenaga dan juga kewangan. Dalam masa yang sama, memenuhi kehendak pelanggan dan meningkatkan kepuasan pelanggan.




Apakah MATLAMAT utama LEAN

Matlamat utama lean ada MENGHAPUSKAN pembaziran. Sbelum perkataan lean digunakan, teknik yang sama digunakan oleh Lean adalah TPS ataupun Toyota Production System. TPS telah diamalkan oleh pihak Jepun semenjak tahun 60 an kerana mereka kekurangan sumber, termasuklah tanah dan sumber asli. Jadi mereka kena memikirkan bagaimana untuk mengoptimakan sumber-sumber yang ada.


Apakah PEMBAZIRAN  (WASTE) yang ada didalam operasi

Teknik VAVE (value analysis dan value engineering) memfokuskan  rekabentuk dan pembangunan (design dan development) untuk produk, manakala LEAN memfokuskan kepada operasi.
Ada TIGA jenis pembaziran  proses yang mudah untuk di INGATI iaitu
WAIT (TUNGGU)
CHECK (SEMAK)
MOVE (GERAK)


Manakala TOYOTA pula memperkenalkan 7 jenis Pembaziran iaitu, Wait, Over-produce, Motion, Rework, over-proses, inventory dan conveyance (ataupun transpirt). Ada yang menambah pembaziran Maklumat )Information) dan berbagai lagi.

Apakah STRATEGI Lean.

Jika mengikut  Lean Thinking” ada 5 strategi. Tetapi saya lebih suka meringkaskan strategi LEAN kepada TIGA iaitu:
1     1) SEDAR wujudnya PEMBAZIRAN
       2) KENALPASTI Pembaziran itu dimana
       3) HAPUSKAN atau KURANGKAN pembaziran tersebut
Ada berbagai teknik dan alat (tools) yang boleh digunakan sperti menggunakan VSM, Poka YOKE, 5S dan lain-lain lagi.

SUDAHKAN anda melaksanakan LEAN. Keran apembaziran itu adalah AMALAN SYAITAN
Salam hormat dari saya
\
-CER-

Di Sedenak, (untuk berfikir  sejenaka)  Kulai

No comments:

Post a Comment