Sunday 2 December 2012

MINGGU LEAN

Minggu ni, saya ingin berkongsi sedikit tentang LEAN. Lean adalah antara bidang kepakaran saya selepas audit sistem pengurusan.

Lean antara antara bidang kerjaya saya yang pertama setelah dilantik sebagai Pegawai Promosi Lean pada tahun 2000. Walaupun sebelum itu saya tidak pernah dengar tentang Lean, saya bertuah kerana diberi kepercayaan untuk mempromosikan Lean untuk TRW (sebelum ini dikenali sebagai LUCAS) bersama mentor saya Mr Tom Draper daripada TRW US dan juga sahabat darupada plant-plant TRW yang lain termasuklah En Halim Baharom daripada TRW Bkt Beruntung, Ji Hong daripada Suzhou dan ramai lagi sahabat-sahabat yang lain dari seluruh pelusuk dunia.

Bersama pakar-pakar LEan daripada APO 

Syukor, pada tahun lepas, saya bersama MPC Wilayah Pantai Tinur dapat melancarkan program LEAN kepada PKNP (PErbadanan Kemajuan Negeri Pahang) dan kemudian bersama-sama dengar pakar-pakar Lean yang lain daripada Jepun untuk bersama-sama menjadi mentor dan speaker untuk Lean Seminar untuk PENGURUSAN HOSPITAL di Iran.


Tahun ini, saya dapat bersama-sama dengan pengarah dan pegawai-pegawai MPC (Malaysia Productiviti Corporation) untuk berkongsi dan membangun pakar serta modul berkaitan Lean.


Minggu ini pula dalah minggu yang istemewa kerana saya dapat bersama-saya dengan Pengarah dan kakitangan Pejabat Tanah dan Galian negeri Perak untuk Taklimat Lean pada perhimpunan PTG PErak kali ke-8. Selepas itu saya berkongsi pengalaman dengan kakitangan Pejabat SUK negeri Pulau Pinang di Dewan Seri Pinang untuk sessi  kursus lean.

InsyaAllah, saya akan kongsikan jugak, idea perlaksanaan lean dalam penambahbaikan Sistem Penyampaian PErkhimatan Awam. Mula-mula saya kan kongsikan apakah itu Lean.

Selamat membaca.



-CER-
29 Nov 2012
Dewan Sri Pinang, Pulau Pinang

No comments:

Post a Comment