Friday, 7 December 2012

LEAN - Step 3 Eliminate Waste

Strategi Penghapusan PEMBAZIRAN - Langkah 3 - Menghapuskan pembaziran



Selepas mengenalpasti pembaziran, seperti mana-mana proses penambahbaikan kita perlu mengenalpasti PUNCA mengapa pembaziran itu BERLAKU

Punca yang berkaitan secara langsung adalah kerana TAKUT-TAKUT

Punca yang contribute termasuklah:

Masalah Kualiti
Pekerja tidak mahir
Mencari barang, part, bahan mentah dsbg
Permintaan yang tidak menentu
Set-up mesin/ proses terlalu lama
Kerosakan sistem
Suka pada batch yang besar
Supplier lambat hantar
Kapasiti mesin, tempat dan ruang yang besar

Sebelum kita berbincang tentang beberapa alat (tools) dan teknik yang boleh digunakan, kita tengok apakah HIERARCHY Teknik-teknik penghapusan.

PERTAMA - HAPUSKAN TERUS apa-apa pembaziran yang tidak perlu atau yang boleh di ELAKKAN.
Contohnya, perlu ke kita cetak borang sedangkan sudah ada proses ONLINE

KEDUA - KURANGKAN
Contohnya, perlu ke kita menjalankan proses pengesahan sehingga 3 kali. Mungkin kita boleh hapuskan 2 proses tersebut dan tinggalkan 1

KETIGA - KOMBINEKAN

Kemungkinan kita boleh menggunakan alat (tools yang sesuai) seperti:


Masalah Kualiti - Poka Yoke, FMEA, Jidoka
Pekerja tidak mahir - Multiskill, empowerment etc
Mencari barang, part, bahan mentah dsbg - 5S
Permintaan yang tidak menentu - PULL, KANBAN sistem
Set-up mesin/ proses terlalu lama - SMED
Kerosakan sistem - TPM
Suka pada batch yang besar - One piece flow, looping, relayout etc, Heijunka
Supplier lambat hantar - Pull, JIT, Kanban
Kapasiti mesin, tempat dan ruang yang besar - Kecikkan tempat tu

Kebanyakan alat-alat diatas boleh menabantu mengeliminasi atau mengurangkan PEMBAZIRAN

Selamat mencuba

-CER-

No comments:

Post a Comment