Perkataan “Lean” menjadi
terkenal apabila Womack dan Jone menerbitkan buku “Lean Thinking” pada tahun
1996. Perkataan Lean digunakan bukan
bermaksud ... sandar. Jika kita lihat kamus bahasa Inggeris, Lean juga
bermaksud KURUS. Kaitan kurus, adalah menjalankan aktiviti dengan secara SLIM dan tak berlemak.
Lean dalam konteks kualiti dan kos bermaksud “EFISYEN”.
Efisyen bermaksud menjalankan aktiviti dengan mengoptimakan sumber, termasuklah
masa, sumber manusia, tenaga dan juga kewangan. Dalam masa yang sama, memenuhi
kehendak pelanggan dan meningkatkan kepuasan pelanggan.
Apakah MATLAMAT utama LEAN
Matlamat utama lean ada MENGHAPUSKAN pembaziran. Sbelum
perkataan lean digunakan, teknik yang sama digunakan oleh Lean adalah TPS
ataupun Toyota Production System. TPS telah diamalkan oleh pihak Jepun semenjak
tahun 60 an kerana mereka kekurangan sumber, termasuklah tanah dan sumber asli.
Jadi mereka kena memikirkan bagaimana untuk mengoptimakan sumber-sumber yang
ada.
Apakah PEMBAZIRAN
(WASTE) yang ada didalam operasi
Teknik VAVE (value analysis dan value engineering)
memfokuskan rekabentuk dan pembangunan
(design dan development) untuk produk, manakala LEAN memfokuskan kepada
operasi.
Ada TIGA jenis pembaziran
proses yang mudah untuk di INGATI iaitu
WAIT (TUNGGU)
CHECK (SEMAK)
MOVE (GERAK)
Manakala TOYOTA pula memperkenalkan 7 jenis Pembaziran
iaitu, Wait, Over-produce, Motion, Rework, over-proses, inventory dan
conveyance (ataupun transpirt). Ada yang menambah pembaziran Maklumat
)Information) dan berbagai lagi.
Apakah STRATEGI Lean.
Jika mengikut Lean
Thinking” ada 5 strategi. Tetapi saya lebih suka meringkaskan strategi LEAN
kepada TIGA iaitu:
1 1) SEDAR wujudnya PEMBAZIRAN
2) KENALPASTI Pembaziran itu dimana
3) HAPUSKAN atau KURANGKAN pembaziran tersebut
Ada berbagai teknik dan alat (tools) yang boleh digunakan
sperti menggunakan VSM, Poka YOKE, 5S dan lain-lain lagi.
SUDAHKAN anda melaksanakan LEAN. Keran apembaziran itu
adalah AMALAN SYAITAN
Salam hormat dari saya
\
-CER-
Di Sedenak, (untuk berfikir
sejenaka) Kulai
No comments:
Post a Comment