Friday 3 May 2013

Diari seorang YB ... (bayangan je..)

Aku tulis ni bukan kerana aku nak jadi YB... saje je nak kaitkan ilmu kualiti dengan tugas seorang YB. Tau sedikit sebanyak tugas YB ni pasal pernah bagi training untuk pejabat SUK Penang, tahun lepas.. (ni konon2 YB DUN)

1 hari selepas Pilihanraya.. diumumkan sebagai pemenang

Panggil ahli-ahli yang tersenarai sebagai jawatankuasa dan buat mesyuarat sulung. Jawatankuasa ni.. dah ada dalam DRAF CARTA ORGANISASI, cuba nak buat lantikan secara formal. Antara jawatankuasa yang ada adalah, JK tindakan ekonomi, JK khidmat awam, JK aduan awam dan sebagainya

DRAF JOB DESCRIPTION jugak dibentangkan

Hari ke2..
Review dan study balik strategi dan pelan tindakan. 
Antara strateginya.....

Hari ke3
Hadir mesyuarat tubuh kerajaan .. tunggu perkenan Sultan

Hari ke4
Melengkapkan PORTAL aduan awam beserta prosedur untuk menerima, memproses aduan awam

Minggu ke2
Menjemput penjawat awam , penghulu, ketua kampung untuk bermesyuarat dan memperkenalkan PORTAL aduan awam.
Mungkin kena hadir mesyuarat DUN yang pertama.. mana tau jadi EXCO. (Kalau jadi MB dah jadi lain diari ni)

Minggu ke3
Menjemput semua ketua cawangan dan bahagian politik.. yang ada (tidak kira yang meyokong mahupun pembangkang) untuk membincangkan isu yang perlu untuk kawasan yang diwakili mereka.

Minggu ke4
Mesuarat bersama jawatankuasa tindakan Ekonomi.. dan membuat KEUTAMAAN projek-projek jangkamasa panjang dan KECIL seperti projek dan promosi industri ANCHOR dan keperluaan asas.

Bulan ke2
Pembentangan projek infrastruktur untuk pembangunan jangkamasa pendek dan panjang

Pelan turun padang diadakan.... seperti
Memulakan siri menjadi IMAM di surau-surau mengikut giliran, disamping memberi TAZKIRAH (internal communication) memampankan KEROHANIAN dan ILMU MUAMALAT
Kelas-kelas pembangunan usahawan, inovasi kepada dewan-dewan perniagaan, persatuan, dan sekolah

Bulan ke3
Menjalankan semua perancangan...
Mengumpul maklumat untuk mesyuarat ke2 DUN

Bulan ke 4
Meneruskan perlaksanaan perancangan disamping menyelesaikan masalah dan aduan awam

>
>
>
>
>
>


Tahun ke2
Mengadakan CUSTOMER SATISFACTION SURVEY

Bulan ke 13
Menjalankan MANAGEMENT REVIEW... tentang efektif dan efisyen

KEMAMPUAN EKONOMI - pendapatan dan perbelanjaan
KEPERLUAN ASAS seperti infrastruktur, harga barangan runcut
KESELAMATAN seperti kadar jenayah
KESEJAHTERAAN & KECERIAAN seperti program dan aktiviti

JENIS ADUAN dan aduan/ maklumbalas yang diselesaikan
Projek-projek inovasi

----------------

Meneruskan program tahun pertama dan sebarang perubahan dirujuk kepada management review



Tahun ke3

Meneruskan program.....
serta mewujudkan program INTERNAL AUDIT

Tahun ke4
Penambahbaikan kepada sistem


.......

Hmmm.. dah masuk waktu Isyak.. jom solat

-CER-

No comments:

Post a Comment