Wednesday 1 May 2013

MANIFESTO pilihan saya :)



Pilihanraya semakin hampir. Tinggal 3 hari lagi sebelum rakyat Malaysia keluar mengundi. Hari ini saya menaip menggunakan bahasa kebangsaan di blog ini. Mula-mula macam nak tulis speaking, tapi... biarlah LUAHAN ni dalam bahasa Kebangsaan. 

1. Apakah Manifesto pilihan anda?

Manifesto  pilihan saya berkaitan KOS dan KUALITI hidup untuk kami dan generasi akan datang adalah:
- Kerajaan yang membangunkan EKONOMI UMMAH
- Hutang SIFAR dan mempunyai SIMPANAN TUNAI 3x ganda perbelanjaan tahunan

Tidak kira, apa juga isu utama, seperti KEPERLUAN ASAS (Harga barang), KESELAMATAN, KESEJAHTERAAN, KEBEBASAN adalah bersandar faktor ekonomi.

Yang perlu dielakkan ialah... MENGUTUK satu sama lain. Apa Yang BAIK perlu disokong tidak kira apa fahaman, yang ragu-ragu diTERANGKAN, yang tidak ELOK diTOLAK sama-sama.


2. Apakah INDEKS keberkesanan yang sesuai untuk menunjukkan prestasi kerajaan?

Index yang utama adalah KADAR TUKARAN asing. Kekuatan ekonomi sesebuah Negara boleh dinilai oleh kadar tukaran wang. Kita boleh pasangkan dengan GBP ataupun SGD, antara matawang yang kukuh. 
Kenapa matawang..?
Ia adalah indek yang BEBAS dari manipulasi data, kerana kadar dagangan antarabangsa melihat berapa WANG yang KELUAR dan berapa yang MASUK menentukan nilai matawang kita.

Jika ADA yang ingin memanupulasi, ia adalah berbentuk sementara. Kerajaan yang mempunyai simpanan tunai yang banyak, boleh membeli kembali matawang tersebut semasa matawang itu turun, dan ini akan juga menguntungkan negara.... selain akan menaikan kadar tukaran kepada kadar yang sepatutnya.

3. Apakah Mega projek yang kerajaan perlu realisasikan?

Projek mega adalah penting untuk merancakkan ekonomi. Ia perlu dirancang dengan teliti, mengambil kira kemampuan, kesan jangkamasa pendek dan panjang, disamping menarik pertumbuhan perdangangan.

Projek mega yang utama pada pendapat saya adalah pembinaan LANDASAN KERETAPI YANG menghubungkan BUTTERWORTH ke TUMPAT. Satu pelabuhan besar di Tumpat perlu dibina. Kenapa.. jawapannya adalah berkaitan dengan EKONOMI, tak ada kaitan dengan fahaman politik. Cuba fikir-fikirkan kenapa?

Projek mega yang kedua, adalah menghubungkan semua daerah di Malaysia dengan sistem rel. Ini ada kaitan artikel saya sebelum ini berkaitan logistik.

Projek yang ketiga adalah membangunkan ANCHOR industry Negara. Fokus perlu diberikan kepada Industri Asas Tani, Sawit dan Petrochemical. 


4.   Apakah sistem yang perlu ditambahbaik?

Keutamaan penambahbaikan perlu difokuskan kepada takrif rasuah, kebocoran pendapatan negara dan belanjawan.

Untuk penyelesaian atau meminimakan rasuah....Akta MELOBI diperlukan. Mana-mana syarikat yang menyalurkan dana kepada pertubuhan politik perlu membuat deklarasi dan parti politik perlu menjadikan maklumat ini boleh diakses oleh semua peringkat. MAKLUMAT ini  termasuklah; 
- Parti politik yang menerima dana
- kemanakan dana ini disalurkan seperti kepada bahagian dan cawangan berkaitan. 
DANA terus kepada individu adalah tidak dibenarkan sama sekali. Had dana tidak perlu diterhadkan, kerana lagi banyak dana projek disalurkan kepada pertubuhan, lagi tinggi kos sesuatu projek.

Malaysia adalah antara negara yang paling banyak tarif cukai. Sistem Tarif CUKAI yang terlalu banyak perlu di mudahkan dengan sistem seperti GST kecuali kepada barang kawalan. Sistem tariff cukai yang terlalu sukar mengakibatkan kebocoran pendapatan Negara. Sistem AP untuk barang kawalan perlu menjalani tender terbuka

Biasakan Belanjawan/ bajet SURPLUS... hmm, yang ni perlukan pentadbiran yang bijak.

Ada banyak lagi perkara-perkara yang lain yang perlyu ditambahbaik. Tetapi, akta MELOBI ni lah yang paling utama dulu yang perlu dilakasanakan demi Negara tercinta.

Selamat mengundi PRU13.

-CER-

No comments:

Post a Comment