Thursday 25 October 2012

KKK - Berkorbanlah untuk Meningkatkan Kualiti Ummah

Kualiti Kedai Kopi

BERKORBANLAH untuk MENINGKATKAN KUALITI UMMAH

Allahu Akbar, Allah Akbar, Allahu Akbar

Alhamdulillah di pagi AidilAdha 1433, InsyaAllah kita akan bersama untuk mengerjakan Solat Sunat AidilAdha, Solat Jumaat dan menyembelih lembu serta besedekah. Selain daripada itu, semalam kita dapat berpuasa sunat Khamis dan hari Arafah.

Tetapi bagaimanakah amalan kita boleh meningkatkan KUALITI UMMAH yang lain. Selain daripada bersedekah, kita perlu mendekatkan jurang mereka yang fakir, miskin, orang berhutang (kadang dia orang ni lagi teruk daripada fakir dan miskin... ada orang duit dia tak banyak, tapi hutang tak banyak) DENGAN mereka yang kaya raya.

Teori dia mudah aje. JADIKAN semua harga barang MURAH dan mampu milik. Yang miskin pun boleh beli, yang kaya pun sama. Tetapi BAGAIMANA nakkan ini berlaku. Harga barang semakin hari semakin naik. Duit 1 sen dah tak pakai lagi. Itulah silapnya... kita sibuk mengawal harga barang tetapi ada perkara yang lebih penting yang kita perlu KAWAL dan PERLU DI JADIKAN KPI (Key performace Indikator) atau indikasi iaitu:

KADAR TUKARAN MATAWANG

Ya, dengan kekuatan matawang, kita boleh membeli barang keperluan dari luar dengan harga yang murah. Ambik contoh HARGA TEPUNG adalah RM1.80/kg (Harga satu Malaysia). Kita beli pada kadar matawang kita USD 1 vs MYR3. Bayangkan kalau matawang kita USD 1 vs MYR1, harga tepung boleh turun sehingga 60 sen sekilogram.  Tu belum lagi barangan yang lain.

TEORI ni Nampak MUDAH.. tetapi bagaimana nak tingkatkan matawang kita

BANYAK MENGEKSPORT dan KURANGKAN MENGIMPORT atau bahasa mudah “banyak menjual daripada membeli” dan “banyak duit cash dan kurangkan berhutang”, “kena selalu budget yang surplus bukan yang deficit”

TEORI Nampak mudah tetapi PERLAKSANAAN  memerlukan PENGORBANAN yang BESAR. Antara pengorbanan yang diperlukan adalah:

Berkorban dengan KELUAR dari NEGARA.

Kuatkan rangkaian ekonomi dan perniagaan. Pedagang-pedagang Arab telah berjaya menunjukkan contoh yang baik. Selain berdagang mereka juga berjaya berdakwah dan menyebarkan Islam ke seluruh pelusuk dunia. Mereka telah keluar berdagang tanpa perlu MENJAJAH. Berbeza dengan kuasa-kuasa besar dalam abad ke 13, mereka keluar menjajah negara-negara yang mereka ingin berdagang selain daripada mengambil keluar sumber-sumber asli mereka. Model berdagang ini telah diambil oleh negara Jepun, China dan Korea.


Berkorban dari mendapat untung cepat tetapi keluarkanPRODUK BERINOVATIF DAN BERKUALITI

Bawa keluar produk yang berinovatif, bukannya hanya dengan menjual bahan mentah. Bawa keluar produk siap atau bahan kimia yang diperlukan oleh industry bukan MINYAK MENTAH. Jangan jual minyak mentah, jual barang siap atau separuh siap seperti Synthetic rubber (silicon), resin plastic, petrol RON98, lubricant. Kita pengeluar minyak mentah, tetpai beli balik barang-barang ni daripada Jepun mahupun Jerman pada harga yang sangat tinggi.


Berkorban dengan mengelak PEMBAZIRAN

Setiap duit yang dibelanjakan perlu mengambil kira nilai pulangan yang Negara akan dapat. Belanja bina HOSPITAL beratus juta dapat menjadikan rakyat sihat dan meningkat kualiti perkhimatan hospital?Ini hanya mengkayakan segolongan kontraktor dan merka dalam industri pembinaan. Tetapi perkhidmatan tak semestinya semakin baik. Tetapi kalau kita belanja memperbaiki perkhimatan hospital yang sedia ada,  tukar mentality mereka, labur dalam penyelidikan dan pendidikan, serta mengeluarkan mesin atau medical devices produk tempatan yang boleh dijual keluar, maintain hospital yang sedia ada pun sudah cukup untuk memberikan perhidmatan yang baik kepada rakyat sambil dapat mengembangkan ilmu dan pendapatan daripada penyelidikan.


Sudah sampai masa nak solat raya. Semoga berjumpa kita disiri akan datang.


Salam AIdilAdha.

No comments:

Post a Comment