Kualiti Kedai Kopi
BELI-BELI ..... SEPAH
Hari ni, aku membebel dengan budak-budak... BELI-BELI...
LEPAS TU? ... SEPAHHHH.
Zaman sekarang ni barang dah macam tak de NILAI. Dulu nak
dapat permainan punya la susah. Dah dapat punya la jaga. Kalau rosak boleh menangis.
Kalau HILANG... seminggu terkenang kat barang tu beb.
Teringat aku masa darjah satu, botol air hilang kat sekolah.
Sampai darjah 4 aku masih terkenangkan botol air tu. Anak aku sekarang dari sekolah tadika
sampai sekarang, kalau campur 4 beradik tu.... ada lebih 50 botol air kot.
Macam mana nak jadikan diorang ni HARGAI NILAI sesuatu
barang? Ni ada idea sikit... tapi tak tau laa.. boleh laksanakan !!!
1.
Jangan biasakan BUDAK-BUDAK ikut gi SHOPPING
2.
Kalau diaorang nak IKUT... kasi diaorang tengok
TELAN AIR LIUR JE... jangan belikan
3.
Belikan barang yang berkualiti.., sekali
sekala... dah suruh diaorang JAGA baik2
4.
Kalau diaorang nak jugak barang yang tak
berkualiti... macam mana?
-
Alasan 1... kita dah ada benda ni
-
Alasan 2... lain kali je la...
-
Alasan 3... Tak guna barang ni
-
Alasan 4... Barang ni tak bagus
-
Alasan 5... membazir je
Dan ada banyak alasan lagi yang kita boleh bagi tau. Cuma pantang
aku, kalau cakap, tak boleh... pasal tak ada DUIT...
SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA – Korbankan lah nafsu membeli
barang yang tak PERLU
Quality Preachers
Edly Ramly -CER-
25 Oct 2012
No comments:
Post a Comment