Showing posts with label KKK. Show all posts
Showing posts with label KKK. Show all posts
Sunday, 16 December 2012
Wednesday, 28 November 2012
KKK - Berkampung di Penang
Kualiti Kedai Kopi... minggu ni lepak 3 hari di George Town, Penang, Malaysia. Biasa dok kat Juru, Prai, kali ni dok kat pusat bandar. Apa-apa pun tahniah buat skuad Malaysia, dapat menundukkan Laos 4-1 sebentar tadi, semoga next game... lagi kelas. Balik ke cerita Penang tadi, ada beberapa perkara yang best kat sini:
1) Nasi Kandar Beratuq memang kick
2) Tourist boleh tahan ramai (ekonomi dan income sure baguih punya)
3) Dapat pakai Penang Free Wifi (jimat data pakej aku)
4) Kali pertama bagi training untuk Pejabat SUK untuk perlaksanaan LEAN (team diorang memang proaktif, banyak idea penambahbaikan sistem penyampaian diterima oleh mereka - Aku orang Johor pun tak pernah kena jemput utk cadangkan perlaksanaan lean utk state administration)
5) dan ada byk agi yang best
Cuma ada sikit pandangan, untuk penambahbaikan KUALITI hidup masyarakat kat sana:
1) Sistem pengangkutan awam, kalau ada sistem MRT ke, monorail ke lagi baguih. Yang penting dari seberang ke pusat2 utama di Pulau. Buat jambatan kedua pun tak selesai masalah jam, tambahlah berapa banyak lebuhraya pun takkan settle.
2) Pejabat pentadbiran negeri, termasuklah SUK, DUN elok buat kat tanah besar, seperti Bertam ke. Georgetown patut fokus kepada pelancungan heritage, bukan pentadbiran negeri.
3) Lepak kat Jalan Masjid Kapitan Kling, jumpa banyak homeless dan pengemis. Lebih baik, bawak diorang gi pusat shelter yang bersesuaian. Merosakkan imej bandar jek dan jugak negeri.
4) Tempat pejalan kaki, longkang boleh diperbaiki lagi... banyak yang tiba-tiba hilang arah (negara maju biasanya tempat pejalan kaki diorang detail dan tak hilang tiba-tiba)...
Ni je yang terlintas malam ni.
Blurp.. sendawa lepas bedal nasik kandar lepas tengok bola tadi.... selamat malam semua
-CER-
Dari kota heritage Georgetown Penang
1) Nasi Kandar Beratuq memang kick
2) Tourist boleh tahan ramai (ekonomi dan income sure baguih punya)
3) Dapat pakai Penang Free Wifi (jimat data pakej aku)
4) Kali pertama bagi training untuk Pejabat SUK untuk perlaksanaan LEAN (team diorang memang proaktif, banyak idea penambahbaikan sistem penyampaian diterima oleh mereka - Aku orang Johor pun tak pernah kena jemput utk cadangkan perlaksanaan lean utk state administration)
5) dan ada byk agi yang best
1) Sistem pengangkutan awam, kalau ada sistem MRT ke, monorail ke lagi baguih. Yang penting dari seberang ke pusat2 utama di Pulau. Buat jambatan kedua pun tak selesai masalah jam, tambahlah berapa banyak lebuhraya pun takkan settle.
2) Pejabat pentadbiran negeri, termasuklah SUK, DUN elok buat kat tanah besar, seperti Bertam ke. Georgetown patut fokus kepada pelancungan heritage, bukan pentadbiran negeri.
3) Lepak kat Jalan Masjid Kapitan Kling, jumpa banyak homeless dan pengemis. Lebih baik, bawak diorang gi pusat shelter yang bersesuaian. Merosakkan imej bandar jek dan jugak negeri.
4) Tempat pejalan kaki, longkang boleh diperbaiki lagi... banyak yang tiba-tiba hilang arah (negara maju biasanya tempat pejalan kaki diorang detail dan tak hilang tiba-tiba)...
Ni je yang terlintas malam ni.
Blurp.. sendawa lepas bedal nasik kandar lepas tengok bola tadi.... selamat malam semua
-CER-
Dari kota heritage Georgetown Penang
Saturday, 3 November 2012
KKK - Meningkat Kecemerlangan Kualiti Masjid
Meningkat Kecemerlangan Kualiti Masjid
Ni mungkin sensitive sikit. Tapi takpe, sekadar borak2.
InsyaAllah, kawan nak developkan sistem pengurusan kualiti
untuk masjid, supaya organisasi masjid member FOKUS kepada Pelanggan.
Contoh Polisi dan framework Objectif Kualiti adalah:
- - Untuk menarik lebih ramai jemaah
- - Meningkat usaha DAKWAH
- - Mebangunkan ekonomi
- - Mempertingkat ilmu
Kawan suka pergi melawat masjid bila berjalan. Apa yang
biasa kawan perhatikan samada NOJER ke, atau PENJAGA masjid ni:
1.
SUSAH NAK SENYUM
2.
CEPAT nak MARAH.. contoh tempat kena buka kasut,
dari jauh TERJERIT-jerit bila nampak orang pakai kasut
Ada satu masjid ni (bukan masjid dalam gambar ni tau!),
ramai pelancung bukan Islam datang melawat... APAKAH PERSEPSI mereka tentang
masjid dan ISLAM secara kasar, bila NOJER atau penjaga masjid bersikap demikian?
Mereka sepatutnya dilatih dengan CARA-CARA atau prosedur
menyambut tetapi, memberi penerangan tentang masjid dan menunjukkan
contoh-contoh yang baik tentang masjid.
Ha masjid mana nak jadi model yang QMS... untuk pilot projek
SAYA... masjid Bandar Putra kot (Tapi kalau banyak POLITIK, byk songeh.. kawan
cari yang yang lain dulu).
Wassalam
Quality Preachers
-CER-
Thursday, 25 October 2012
KKK - Berkorbanlah untuk Meningkatkan Kualiti Ummah
Kualiti Kedai Kopi
BERKORBANLAH
untuk MENINGKATKAN KUALITI UMMAH
Allahu Akbar, Allah Akbar, Allahu Akbar
Alhamdulillah di pagi AidilAdha 1433, InsyaAllah kita akan
bersama untuk mengerjakan Solat Sunat AidilAdha, Solat Jumaat dan menyembelih
lembu serta besedekah. Selain daripada itu, semalam kita dapat berpuasa sunat
Khamis dan hari Arafah.
Tetapi bagaimanakah amalan kita boleh meningkatkan KUALITI
UMMAH yang lain. Selain daripada bersedekah, kita perlu mendekatkan jurang
mereka yang fakir, miskin, orang berhutang (kadang dia orang ni lagi teruk
daripada fakir dan miskin... ada orang duit dia tak banyak, tapi hutang tak
banyak) DENGAN mereka yang kaya raya.
Teori dia mudah aje. JADIKAN semua harga barang MURAH dan
mampu milik. Yang miskin pun boleh beli, yang kaya pun sama. Tetapi BAGAIMANA
nakkan ini berlaku. Harga barang semakin hari semakin naik. Duit 1 sen dah tak
pakai lagi. Itulah silapnya... kita sibuk mengawal harga barang tetapi ada
perkara yang lebih penting yang kita perlu KAWAL dan PERLU DI JADIKAN KPI (Key
performace Indikator) atau indikasi iaitu:
KADAR TUKARAN MATAWANG
Ya, dengan kekuatan matawang, kita boleh membeli barang
keperluan dari luar dengan harga yang murah. Ambik contoh HARGA TEPUNG adalah RM1.80/kg
(Harga satu Malaysia). Kita beli pada kadar matawang kita USD 1 vs MYR3.
Bayangkan kalau matawang kita USD 1 vs MYR1, harga tepung boleh turun sehingga
60 sen sekilogram. Tu belum lagi
barangan yang lain.
TEORI ni Nampak MUDAH.. tetapi bagaimana nak tingkatkan
matawang kita
BANYAK MENGEKSPORT dan KURANGKAN MENGIMPORT atau bahasa
mudah “banyak menjual daripada membeli” dan “banyak duit cash dan kurangkan
berhutang”, “kena selalu budget yang surplus bukan yang deficit”
TEORI Nampak mudah tetapi PERLAKSANAAN memerlukan PENGORBANAN
yang BESAR. Antara pengorbanan yang diperlukan adalah:
Berkorban
dengan KELUAR dari NEGARA.
Kuatkan rangkaian ekonomi dan perniagaan. Pedagang-pedagang
Arab telah berjaya menunjukkan contoh yang baik. Selain berdagang mereka juga
berjaya berdakwah dan menyebarkan Islam ke seluruh pelusuk dunia. Mereka telah
keluar berdagang tanpa perlu MENJAJAH. Berbeza dengan kuasa-kuasa besar dalam
abad ke 13, mereka keluar menjajah negara-negara yang mereka ingin berdagang
selain daripada mengambil keluar sumber-sumber asli mereka. Model berdagang ini
telah diambil oleh negara Jepun, China dan Korea.
Berkorban
dari mendapat untung cepat tetapi keluarkanPRODUK BERINOVATIF DAN BERKUALITI
Bawa keluar produk yang berinovatif, bukannya hanya dengan
menjual bahan mentah. Bawa keluar produk siap atau bahan kimia yang diperlukan
oleh industry bukan MINYAK MENTAH. Jangan jual minyak mentah, jual barang siap
atau separuh siap seperti Synthetic rubber (silicon), resin plastic, petrol
RON98, lubricant. Kita pengeluar minyak mentah, tetpai beli balik barang-barang
ni daripada Jepun mahupun Jerman pada harga yang sangat tinggi.
Berkorban
dengan mengelak PEMBAZIRAN
Setiap duit yang dibelanjakan perlu mengambil kira nilai
pulangan yang Negara akan dapat. Belanja bina HOSPITAL beratus juta dapat
menjadikan rakyat sihat dan meningkat kualiti perkhimatan hospital?Ini hanya
mengkayakan segolongan kontraktor dan merka dalam industri pembinaan. Tetapi
perkhidmatan tak semestinya semakin baik. Tetapi kalau kita belanja memperbaiki
perkhimatan hospital yang sedia ada, tukar mentality mereka, labur dalam penyelidikan
dan pendidikan, serta mengeluarkan mesin atau medical devices produk tempatan
yang boleh dijual keluar, maintain hospital yang sedia ada pun sudah cukup
untuk memberikan perhidmatan yang baik kepada rakyat sambil dapat mengembangkan
ilmu dan pendapatan daripada penyelidikan.
Salam AIdilAdha.
KKK - Marketing vs Produk berkualiti
Kualiti Kedai Kopi
BIZEXCEL: Adakah KUALITI keutamaan NOMBOR 1 organisasi anda? Jika anda pengamal Kualiti sudah tentu jawapannya YA. Tetapi pengamatan saya sebagai “QUALITY PREACHERS” lebih dari 10 tahun dan juga USAHAWAN lebih dari 6 tahun, kualiti adalah nombor 2. Jadi apakah menjadi NOMBOR 1. Jawapannya adalah kebolehan PEMASARAN ataupun MARKETING. ANDA SETUJU?
Setiap perniagaan memerlukan pemasaran yang efektif. Ambik contoh AIRASIA, ramai yang memberikan maklumbalas negative pada awal op
BIZEXCEL: Adakah KUALITI keutamaan NOMBOR 1 organisasi anda? Jika anda pengamal Kualiti sudah tentu jawapannya YA. Tetapi pengamatan saya sebagai “QUALITY PREACHERS” lebih dari 10 tahun dan juga USAHAWAN lebih dari 6 tahun, kualiti adalah nombor 2. Jadi apakah menjadi NOMBOR 1. Jawapannya adalah kebolehan PEMASARAN ataupun MARKETING. ANDA SETUJU?
Setiap perniagaan memerlukan pemasaran yang efektif. Ambik contoh AIRASIA, ramai yang memberikan maklumbalas negative pada awal op
erasi (terutama dalam 3 tahun pertama operasi) seperti, penerbangan selalu CANCEL, LEWAT, tidak dapat makanan dsbg. Target mereka pada masa itu adalah untuk SURVIVE dan dapatkan pelanggan seramai yang mungkin. Selepas itu barulah mereka menambaikan KUALITI atau mutu perkhidmatan mereka. APA pandangan anda tentang AIRASIA sekarang?
Contoh kedua adalah Negara JEPUN pada tahun 60an, Korea 80an dan China baru-baru ini. Pada tahun 60an, Jepun mengeluarkan produk berkualiti rendah seperti kereta, berbanding dengan produk keluaran Eropah dan Amerika. Teringat kata pakcik saya, Ini kereta TIN SUSU. Cuba amati apa yang mereka hasilkan pada penghujung 80an.. masih TIN SUSU lagi ke?
Mungkin masih ada organisasi yang meletakkan KUALITI menjadi keutamaan dari awal lagi dan masih survive seperti MERCEDES BENZ dan SINGAPORE AIRLINE. Tetapi jika anda baru di dalam bidang PERNIAGAAN, adalah lebih baik fokuskan pada pemasaran terlebih dahulu dan perbaiki kualiti dari masa kesemasa.
Saya ada berkongsi mengenai strategi Kualiti dan Kos di http://cqreview.blogspot.com/2012_01_01_archive.html.
Kesimpulannya samada anda setuju ataupun tidak, ianya berdasarkan strategi perniagaan anda. SAMA-SAMAlah kita SEIMBANGKAN FOKUS kepada KUALITI.
Coretan: Cikgu Edly
Contoh kedua adalah Negara JEPUN pada tahun 60an, Korea 80an dan China baru-baru ini. Pada tahun 60an, Jepun mengeluarkan produk berkualiti rendah seperti kereta, berbanding dengan produk keluaran Eropah dan Amerika. Teringat kata pakcik saya, Ini kereta TIN SUSU. Cuba amati apa yang mereka hasilkan pada penghujung 80an.. masih TIN SUSU lagi ke?
Mungkin masih ada organisasi yang meletakkan KUALITI menjadi keutamaan dari awal lagi dan masih survive seperti MERCEDES BENZ dan SINGAPORE AIRLINE. Tetapi jika anda baru di dalam bidang PERNIAGAAN, adalah lebih baik fokuskan pada pemasaran terlebih dahulu dan perbaiki kualiti dari masa kesemasa.
Saya ada berkongsi mengenai strategi Kualiti dan Kos di http://cqreview.blogspot.com/2012_01_01_archive.html.
Kesimpulannya samada anda setuju ataupun tidak, ianya berdasarkan strategi perniagaan anda. SAMA-SAMAlah kita SEIMBANGKAN FOKUS kepada KUALITI.
Coretan: Cikgu Edly
Wednesday, 24 October 2012
KKK - Beli-beli... Sepah
Kualiti Kedai Kopi
BELI-BELI ..... SEPAH
Hari ni, aku membebel dengan budak-budak... BELI-BELI...
LEPAS TU? ... SEPAHHHH.
Zaman sekarang ni barang dah macam tak de NILAI. Dulu nak
dapat permainan punya la susah. Dah dapat punya la jaga. Kalau rosak boleh menangis.
Kalau HILANG... seminggu terkenang kat barang tu beb.
Teringat aku masa darjah satu, botol air hilang kat sekolah.
Sampai darjah 4 aku masih terkenangkan botol air tu. Anak aku sekarang dari sekolah tadika
sampai sekarang, kalau campur 4 beradik tu.... ada lebih 50 botol air kot.
Macam mana nak jadikan diorang ni HARGAI NILAI sesuatu
barang? Ni ada idea sikit... tapi tak tau laa.. boleh laksanakan !!!
1.
Jangan biasakan BUDAK-BUDAK ikut gi SHOPPING
2.
Kalau diaorang nak IKUT... kasi diaorang tengok
TELAN AIR LIUR JE... jangan belikan
3.
Belikan barang yang berkualiti.., sekali
sekala... dah suruh diaorang JAGA baik2
4.
Kalau diaorang nak jugak barang yang tak
berkualiti... macam mana?
-
Alasan 1... kita dah ada benda ni
-
Alasan 2... lain kali je la...
-
Alasan 3... Tak guna barang ni
-
Alasan 4... Barang ni tak bagus
-
Alasan 5... membazir je
Dan ada banyak alasan lagi yang kita boleh bagi tau. Cuma pantang
aku, kalau cakap, tak boleh... pasal tak ada DUIT...
SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA – Korbankan lah nafsu membeli
barang yang tak PERLU
Quality Preachers
Edly Ramly -CER-
25 Oct 2012
Tuesday, 2 October 2012
Sindrom Kualiti Korea
Kualiti Kedai Kopi
Sindrom Kualiti KOREA
Minggu lepas, saya berpeluang untuk audit ISO/TS16949 di sebuah syarikat milik
warga Korea. Saje je aku tanya pada salah seorang pengarah kat situ, “ Dah
dekat lapan tahun kat sini, apa pendapat anda tentang Malaysia”. Beliau
menyatakan bahawa, “kalau 15-30 tahun
lepas, saya kagum dengan pembangunan dan keamanan di Malaysia. Tapi sekarang
kalau nak dibandingkan dengan kemajuaan pembangunan dan teknologi, Korea jauh
meninggalkan Malaysia”
Masa tu terfikir, ya tak ya, Korea sekarang ni tiba-tiba
jadi terkenal:
KIA, Hyundai
SAMSUNG,LG,
K-POP, Gangnam, Cinta Sonata
Entah dari mana munculnya gergasi-gergasi Korea ni. Sebelum
ni macam tak nampak je market diorang. Tu yang saya tertanya-tanya macam mana
tiba-tiba produk, termasuklah jugak teknologi dan hiburan ini tiba-tiba jadi “famous”.
Daripada pengamatan saya, ada beberapa faktor yang sempat
terfikir oleh saya walaupun ada banyak lagi faktor yang lain.
FAKTOR 1: BERANI
MENCUBA
Kalau kita tinjau balik, Jepun pada tahun 60an, mereka jauh
ketinggal dengan barat. Tak kira dari segi teknologi, automotif... barat
terutamanya Amerika dan Eropah jauh mendahului mereka, sehingga Amerika sendiri
menghantar 3 orang guru kualiti yang terkenal iaitu Dr Deming, Juran dan
Crossby untuk mengajar Jepun tentang
kualiti.
Mereka menjual produk dengan harga murah dan kurang
berkuali. Kalau cakap kereta Jepun, mesti orang cakap, badan kereta pakai tin
susu. Lambakan alat elektrik juga sangat ketara. TETAPI cuba lihat pada tahun
80an, tiba-tiba produk mereka menjadi lebih berkualiti berbanding tahun 60an.
Dengan mencuba, mereka banyak BELAJAR dan MENAMBAHBAIK kelemahan-kelemahan
mereka.
Teknik ini ditiru oleh Taiwan dan Korea pada awal 90an dan
telah nampak membuahkan hasil pada penghujung dekad 2000. MURAH dan tidak
berkualiti ... tetapi menghasilkan banyak inovasi-inovasi bernilai tinggi yang
boleh diperbaiki dan dipasarkan.
Kini Negara China telah memulakan strategi yang sama MURAH
dan tidak berkualiti. Banyak lambakan produk berinovasi (dan jugak copy terus
pun ada) di pasaran kita terutama di kedai-kedai RM2. Contohnya, oleh kerana
saya banyak mengajar, ada satu produk yang saya paling suka ialah, Laser
pointer 5in1. Ada telescopic, LED light, pen, remote, dan magnet. Produk ni
boleh dapat di kedai DIY dengan harga kurang dari RM10.... J
Jadi faktor pertama – BERANI MENCUBA dan TAK BANYAK CAKAP...
memang antara faktor produk Korea sekarang ni dasyat-dasyat belaka.
FAKTOR 2: KELUAR DARI
KOREA
Semasa saya naik pesawat ke Tehran tahun lalu, majority penumpang
dari Dubai Ke Tehran adalah warga KOREA dan China. Kalau dulu di Tehran, hanya
penuh dengan kereta Peugeot tetapi sekarang kereta Korea dah berlambak kat
sana. Jangan cerita Tehran, di Amerika sekarang pun KIA K5 Optima antara best
seller di Amerika. Mingu depan, sayaa kan ke Vietnam untuk audit salah satu
daripada syarikat Korea yang sudah mula bertapak disana lebih kurang lima tahun
yang lepas.
Model-model kereta mahupun gajet elektronik yang mereka bawa
keluar adalah bersusaian dengan pengguna tempatan ditempat tersebut. Saya
teringat, salah seorang pengarah Toyota, sebelum mengeluarkan model kereta yang
sesuai di Kanada, beliau, pergi menyewa kereta dan memandu di sana untuk
membuatkan keputusan, apakah model yang sesuai disana...
Kini K-POP dan drama KOREA dengan mudahnya diterima oleh
masyarakat kita. Sebelum ni, ingat lagiKAH kita dengan cerita OSHIN. Ni Jepun
pada tahun 80an telah berjaya masuk ke Negara luar. Tu tak cerita Doraemon dll.
FAKTOR 3: RAKYAT
BEKERJASAMA
Apabila saya perhatikan pembekal-pembekal untuk syarikat
Korea, kebanyakannya adalah syarikat dari negara mereka sendiri.
Sekurang-kuangnya, ada seorang Technical
Advisor. Hal ni sama juga, dengan syarikat Jepun. Kalau mahu supply ke
syarikat Jepun lain, mesti ada sekurang-kurangnya sorang Jepun kat situ.
Ada sorang kawan ni, daripada Department Purchasing. Syarikat beliau bekerja diambil alih oleh
syarikat Jepun. Sebelum ni, ada satu komponen yang dibeli dari Jepun berharga
RM1 seunit. Tetapi apabila syarikat ini diambil alih oleh syarikat Jepun yang
lain, komponen ini dijual dengan harga tidak sampai 20 sen. Bila fikirkan
balik, dasyat betul... diskaun 80% beb.
Kalau kita masih ingat lagi, pada awal 90an atau akhir 80an,
boleh dikatakan setiap masa DUNIA Jam 10 akan memaparkan tunjuk perasaan di
Korea terutamanya di Seoul. ADAKAH peristiwa ini menyebabkan mereka membantu
satu sama lain?
Sebenarnya ada banyak lagi faktor yang menyebabkan SINDROM
KUALITI KOREA ini menular. Tidak lama lagi SINDROM KUALITI MALAYSIA akan
muncul. InsyaAllah
QHSE preachers
Edly Ramly
2 Oct 2012
Saturday, 29 September 2012
Perangkap Pasangan Curang
Perangkap Pasangan Curang - Kualiti Kedai Kopi.
Perangkap Pasangan Curang
Pemasangan perangkap hadlaju AES (Automatic Enforcement
System) dikhuatiri oleh ramai golongan “Casanova” kerana gambar mereka mungkin
terlepas kepada pasangan mereka. Dengan gambar berresolusi tinggi, JPJ berkata,
gambar kereta bersama pemandu dapat dirakamkan dengan lebih jelas. Bebarapa
pemandu menyatakan, “AES ni bahaya jugak! Kalau gambar dihantar kerumah dan
pasangan mereka yang melihatnya... huru hara jugak nanti!”
Pandangan dari sudut HSE, AES adalah amat dialu-alukan dan
perlu di tempat-tempat yang selalu berlakunya kemalangan. Ianya dijangka dapat
mengurangkan kadar kemalangan, jika ianya diuruskan dengan baik.
Manakala dari sudut mengurangkan KADAR JENAYAH, AES dan CCTV
adalah salah satu strategi yang terbaik untuk memberenteras jenayah serta
memudah penjenayah ditahan. Walaupun dalam pembentangan bajet 2013, lebih
banyak ANGGOTA polis akan ditambah... mungkin lebih banyak kita akan jumpa mereka
MELANGOK @ melepak kat pondok bit, minum kat kedai kopi. Tapi bila telefon,
jika ada kes kecurian, belum tentu mereka dapat menahan penjenayah tersebut.
Sama juga, jika ditambah bilangan motosikal, anggota tersebut perlu dibantu
oleh mata-mata elekronik iaitu CCTV yang dikawal oleh pusat kawalan setempat.
Jika tidak, macam mana nak cari penjenayah tersebut.
Kalau ada jenayah berat, baru la sibuk nak buat sekatan
jalan raya yang menyusahkan pengguna jalan raya yang lain. Dari pandangan
KUALITI, CCTV adalah amat perlu untuk menjayakan BANDAR BERKUALITI – JENAYAH BERKURANGAN.
Antara strategi pemasangan CCTV dan AES perlu dibentuk adalah:
1.
KOS yang berpatutan. Kalau harga CCTV yang
berkualiti (ada zoom, dan night vision) boleh dapat lebih kurang RM500 (cap ayam
boleh dapat RM200), campur upah pemasangan mungkin tak lebih RM2000 seunit
bersama system internet. Baru la, lebih banyak CCTV yang boleh dipasang.
2.
Pemasangan CCTV yang memantau CCTV yang lain - Kalau
ada yang cuba merosakkan CCTV tersebut, CCTV yang lain akan merakam perkara
tersebut. Tempat yang sesuai adalah di lampu isyarat, persimpangan jalan kerana
disitu dengan mudah 3 CCTV boleh dipasang untuk memantau laluan penjenayah.
3.
Pusat kawalan 24 jam - Pusat kawalan memererlu
hubungan terus dengan 999 dan “ground support”. Pusat kawalan memerlukan
penggembelingan tenaga antara PDRM, JPJ, PBT, ATM dll. Baru la kos dapat
dikurangkan. Sebenarnya, dari sudut HSE pun lebih baik, daripada meletak
anggota PDRM berpanas, dan berhujan serta menghidu asap tercemar kat pondok
bit.
4.
Penyelenggaraan yang sempurna - Bab ni... nak
kena mantap. Kalau tak jadi “gajah putih” la jawapnya.
5.
CCTV juga boleh dipasang pada teksi (atau mana-mana kenderaan), kerana
teksi sentiasa berjalan menghantar pelanggan, sambil-sambil merakamkan
perkara-perkara jenayah yang berlaku.
Di harap, dengan penggunaan teknologi ini, dapat mengurang
kadar jenayah. Kalau mula-mula pandai curi basikal, lepas tu sudah tentu motor
dan lepas tu pecah rumah atau merompak
bank dan akhirnya membunuh. Kalau ada CCTV, nak curi basikal pun susah. Jadi
terbantut la cita-cita mereka untuk menjadi penjenayah yang lebih berat.
Dalam masa yang sama, kita dapat melahirkan tenaga pakar
dalam bidang pemantauan secara teknikal mahupun strategi di mana dapat melahirkan
peluang pekerjaan yang lebih berkualiti. Sokongan kepada “ground support” boleh
diperluaskan dengan “air support” atau sokongan udara iaitu dengan penggunaan helicopter
(tapi jangan la yang mahal sangat) mahupun kapal terbang tanpa juruterbang.
Oppss, terlari jauh pulak daripada topik tadi. Selain
daripada mengurangkan jenayah, pasangan yang curang jugak dapat dikurangkan.
Terima kasih kepada AES dan CCTV yang mampu meningkat kualiti hidup kita.
QHSE preachers
Edly Ramly
30 Sep 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)