Kualiti Kedai Kopi
Sindrom Kualiti KOREA
Minggu lepas, saya berpeluang untuk audit ISO/TS16949 di sebuah syarikat milik
warga Korea. Saje je aku tanya pada salah seorang pengarah kat situ, “ Dah
dekat lapan tahun kat sini, apa pendapat anda tentang Malaysia”. Beliau
menyatakan bahawa, “kalau 15-30 tahun
lepas, saya kagum dengan pembangunan dan keamanan di Malaysia. Tapi sekarang
kalau nak dibandingkan dengan kemajuaan pembangunan dan teknologi, Korea jauh
meninggalkan Malaysia”
Masa tu terfikir, ya tak ya, Korea sekarang ni tiba-tiba
jadi terkenal:
KIA, Hyundai
SAMSUNG,LG,
K-POP, Gangnam, Cinta Sonata
Entah dari mana munculnya gergasi-gergasi Korea ni. Sebelum
ni macam tak nampak je market diorang. Tu yang saya tertanya-tanya macam mana
tiba-tiba produk, termasuklah jugak teknologi dan hiburan ini tiba-tiba jadi “famous”.
Daripada pengamatan saya, ada beberapa faktor yang sempat
terfikir oleh saya walaupun ada banyak lagi faktor yang lain.
FAKTOR 1: BERANI
MENCUBA
Kalau kita tinjau balik, Jepun pada tahun 60an, mereka jauh
ketinggal dengan barat. Tak kira dari segi teknologi, automotif... barat
terutamanya Amerika dan Eropah jauh mendahului mereka, sehingga Amerika sendiri
menghantar 3 orang guru kualiti yang terkenal iaitu Dr Deming, Juran dan
Crossby untuk mengajar Jepun tentang
kualiti.
Mereka menjual produk dengan harga murah dan kurang
berkuali. Kalau cakap kereta Jepun, mesti orang cakap, badan kereta pakai tin
susu. Lambakan alat elektrik juga sangat ketara. TETAPI cuba lihat pada tahun
80an, tiba-tiba produk mereka menjadi lebih berkualiti berbanding tahun 60an.
Dengan mencuba, mereka banyak BELAJAR dan MENAMBAHBAIK kelemahan-kelemahan
mereka.
Teknik ini ditiru oleh Taiwan dan Korea pada awal 90an dan
telah nampak membuahkan hasil pada penghujung dekad 2000. MURAH dan tidak
berkualiti ... tetapi menghasilkan banyak inovasi-inovasi bernilai tinggi yang
boleh diperbaiki dan dipasarkan.
Kini Negara China telah memulakan strategi yang sama MURAH
dan tidak berkualiti. Banyak lambakan produk berinovasi (dan jugak copy terus
pun ada) di pasaran kita terutama di kedai-kedai RM2. Contohnya, oleh kerana
saya banyak mengajar, ada satu produk yang saya paling suka ialah, Laser
pointer 5in1. Ada telescopic, LED light, pen, remote, dan magnet. Produk ni
boleh dapat di kedai DIY dengan harga kurang dari RM10.... J
Jadi faktor pertama – BERANI MENCUBA dan TAK BANYAK CAKAP...
memang antara faktor produk Korea sekarang ni dasyat-dasyat belaka.
FAKTOR 2: KELUAR DARI
KOREA
Semasa saya naik pesawat ke Tehran tahun lalu, majority penumpang
dari Dubai Ke Tehran adalah warga KOREA dan China. Kalau dulu di Tehran, hanya
penuh dengan kereta Peugeot tetapi sekarang kereta Korea dah berlambak kat
sana. Jangan cerita Tehran, di Amerika sekarang pun KIA K5 Optima antara best
seller di Amerika. Mingu depan, sayaa kan ke Vietnam untuk audit salah satu
daripada syarikat Korea yang sudah mula bertapak disana lebih kurang lima tahun
yang lepas.
Model-model kereta mahupun gajet elektronik yang mereka bawa
keluar adalah bersusaian dengan pengguna tempatan ditempat tersebut. Saya
teringat, salah seorang pengarah Toyota, sebelum mengeluarkan model kereta yang
sesuai di Kanada, beliau, pergi menyewa kereta dan memandu di sana untuk
membuatkan keputusan, apakah model yang sesuai disana...
Kini K-POP dan drama KOREA dengan mudahnya diterima oleh
masyarakat kita. Sebelum ni, ingat lagiKAH kita dengan cerita OSHIN. Ni Jepun
pada tahun 80an telah berjaya masuk ke Negara luar. Tu tak cerita Doraemon dll.
FAKTOR 3: RAKYAT
BEKERJASAMA
Apabila saya perhatikan pembekal-pembekal untuk syarikat
Korea, kebanyakannya adalah syarikat dari negara mereka sendiri.
Sekurang-kuangnya, ada seorang Technical
Advisor. Hal ni sama juga, dengan syarikat Jepun. Kalau mahu supply ke
syarikat Jepun lain, mesti ada sekurang-kurangnya sorang Jepun kat situ.
Ada sorang kawan ni, daripada Department Purchasing. Syarikat beliau bekerja diambil alih oleh
syarikat Jepun. Sebelum ni, ada satu komponen yang dibeli dari Jepun berharga
RM1 seunit. Tetapi apabila syarikat ini diambil alih oleh syarikat Jepun yang
lain, komponen ini dijual dengan harga tidak sampai 20 sen. Bila fikirkan
balik, dasyat betul... diskaun 80% beb.
Kalau kita masih ingat lagi, pada awal 90an atau akhir 80an,
boleh dikatakan setiap masa DUNIA Jam 10 akan memaparkan tunjuk perasaan di
Korea terutamanya di Seoul. ADAKAH peristiwa ini menyebabkan mereka membantu
satu sama lain?
Sebenarnya ada banyak lagi faktor yang menyebabkan SINDROM
KUALITI KOREA ini menular. Tidak lama lagi SINDROM KUALITI MALAYSIA akan
muncul. InsyaAllah
QHSE preachers
Edly Ramly
2 Oct 2012
No comments:
Post a Comment