Adakah
KUALITI keutamaan NOMBOR 1 organisasi anda? Jika anda pengamal Kualiti
sudah tentu jawapannya YA. Tetapi pengamatan saya sebagai “QUALITY
PREACHERS” lebih dari 10 tahun dan juga USAHAWAN lebih dari 6 tahun,
kualiti adalah nombor 2. Jadi apakah menjadi NOMBOR 1. Jawapannya adalah
kebolehan PEMASARAN ataupun MARKETING. ANDA SETUJU?
Setiap perniagaan memerlukan pemasaran yang efektif. Ambik contoh AIRASIA, ramai yang memberikan maklumbalas negative pada awal operasi (terutama dalam 3 tahun pertama operasi) seperti, penerbangan selalu CANCEL, LEWAT, tidak dapat makanan dsbg. Target mereka pada masa itu adalah untuk SURVIVE dan dapatkan pelanggan seramai yang mungkin. Selepas itu barulah mereka menambaikan KUALITI atau mutu perkhidmatan mereka. APA pandangan anda tentang AIRASIA sekarang?
Contoh kedua adalah Negara JEPUN pada tahun 60an, Korea 80an dan China baru-baru ini. Pada tahun 60an, Jepun mengeluarkan produk berkualiti rendah seperti kereta, berbanding dengan produk keluaran Eropah dan Amerika. Teringat kata pakcik saya, Ini kereta TIN SUSU. Cuba amati apa yang mereka hasilkan pada penghujung 80an.. masih TIN SUSU lagi ke?
Mungkin masih ada organisasi yang meletakkan KUALITI menjadi keutamaan dari awal lagi dan masih survive seperti MERCEDES BENZ dan SINGAPORE AIRLINE. Tetapi jika anda baru di dalam bidang PERNIAGAAN, adalah lebih baik fokuskan pada pemasaran terlebih dahulu dan perbaiki kualiti dari masa kesemasa.
Saya ada berkongsi mengenai strategi Kualiti dan Kos di http://cqreview.blogspot.com/2012_01_01_archive.html.

Kesimpulannya samada anda setuju ataupun tidak, ianya berdasarkan
strategi perniagaan anda. SAMA-SAMAlah kita SEIMBANGKAN FOKUS kepada
KUALITI.
Coretan: Cikgu Edly
Coretan: Cikgu Edly
No comments:
Post a Comment